RASIONAL LOGO


RASIONAL LOGO
    Konsep logo 1 Belia 1 Malaysia ini diadaptasi daripada bentuk angka ‘1’ dan Jalur Gemilang. 
    Ia digayakan dengan satu reka bentuk figura di bawahnya yang mewakili belia Malaysia.Angka satu melambangkan kejayaan, terulung dan perpaduan.
     
    Ia menggambarkan belia Malaysia dari pelbagai kaum merupakan satu entiti yang bersatu.
     
    Mereka mempunyai keyakinan dan jati diri dalam mencapai kecemerlangan demi negara Malaysia yang dicintai.
    Penggayaan logo dibuat secara dinamik melambangkan belia Malaysia adalah warga berintegriti serta berilmu dan mempunyai kesedaran bahawa mereka bakal satu hari akan menjadi warganegara yang matang dan bertanggungjawab.
    Angka ‘1’ melambangkan gabungan nilai-nilai Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti yang diterapkan pada jiwa setiap warga belia Malaysia.
    Warna biru melambangkan perpaduan pada setiap warga belia Malaysia, Merah menggambarkan semangat dan keberanian dalam mempertahankan maruah negara.
    Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara manakala putih adalah keluhuran dan keikhlasan jiwa. Warna oren pula memberi maksud sikap belia yang  mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.